Thursday, September 29, 2022

Suami isteri maut kereta terbabas di Serian

Secara Rawak

SERIAN: Sepasang suami isteri maut apabila kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di Kilometer 77 Jalan Kuching-Serian sekitar jam 9.30 malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis, kedua-dua mangsa berusia 35 dan 37 tahun menaiki kereta Proton Saga FLX yang dipandu si suami, dipercayai dalam perjalanan dari arah Sri Aman menuju ke Serian.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Serian yang tiba di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aswandy menambah mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk dibedah siasat.

Kataya kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru