Monday, September 26, 2022

Mara tambah peruntukan untuk usahawanctempatan

Secara Rawak

MUKAH: Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah meningkatkan peruntukan sebanyak RM2.9 juta sebagai pinjaman kepada usahawan di sini berbanding RM2 juta untuk sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA Datuk Zulfikri Osman berkata, ini bagi memenuhi peningkatan aktiviti pernaigaan di kawasan terbabit.

Katanya, pengeluaran peruntukan tersebut adalah untuk membantu usahawan di Mukah terutama dari segi bantuan modal dan memajukan perniagaan mereka.

“Kita berharap dengan adanya bantuan tersebut akan merancakkan lagi sektor industri keusahawanan di Sibu.

Jelasnya, Mara merupakan agensi utama dalam pembangunan usahawanan dalam kalangan para ahli perniagaan.

“Ini termasuk memajukan tiga elemen, iaitu modal insan, industri atau perniagaan dan pembangunan kemudahan,” katanya, sambil menambah pelbagai bentuk latihan diadakan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman usahawan.

Beliau menasihati para peniaga di sini supaya memasarkan produk keluaran mereka ke pasaran yang lebih luas.

Beliau kini dalam program lawatan kerja selama empat hari ke Sarawak.

Jelas  Zulfikri, tujuan lawatan itu adalah untuk melihat perkembangan dan pembangunan aktiviti usahawan yang dilaksanakan di Sarawak terutama di Mukah,  Sibu dan Kapit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru