Seorang lelaki yang melontar sebuah peti ais ke tebing sambil berjenaka tentang masalah kitar semula, telah diarah oleh pihak berkuasa Sepanyol untuk mengambil semula peti ais dari tebing tersebut.

Gelagatnya dirakam oleh rakan sekerjanya.

Malang bagi lelaki tersebut dan temannya yang merakam video itu kerana ia menjadi tular serta mendapat perhatian pihak polis.

Selain didenda 45,000 euros (AS$74,277) pihak polis mengarahnya turun ke tebing itu dan mengambil semula peti ais tersebut.