GLASGOW: Dua juruterbang United Airlines ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Glasgow, Scotland setelah gagal ujian nafas yang menyemak kadar alkohol dalam tubuh, beberapa saat sebelum pesawat menuju New Jersey berangkat.

CMS Law-Now melaporkan juruterbang Glendon Gulliver, 61, dan Dan Kudirka, 45, ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Kereta Api dan Pengangkutan Britain.

Menurut undang-undang, had alkohol untuk juruterbang ialah 9 mikrogram alkohol per 100 mililiter nafas.

Kadar alkohol dalam darah kedua-dua juruterbang yang sepatutnya menerbangkan kapal terbang tersebut bagaimanapun tidak diberitahu.

Penerbangan UA162 akhirnya dibatalkan.

Gambar hiasan

Semua penumpang diberikan baucar hotel serta makanan dan diminta terbang dengan pesawat lain.

United Airlines dalam kenyataannya menegaskan pesawat mereka kini ketat sejauh berkaitan staf dengan pengambilan alkohol.

“Juruterbang ini disingkir dari tugas dan kami sepenuhnya bekerjasama dengan pihak berkuasa setempat,” kata kenyataan syarikat tersebut memetik Sputnik pada Rabu.

Gulliver kemudian hadir di Mahkamah Sherif di Paisley, Scotland pada Selasa untuk didakwa tanpa merayu sehingga dilepaskan dengan jaminan.

Sementara, Kudirka dibebaskan tanpa dakwaan.

Nasib kerjaya kedua-duanya dengan United Airlines tidak diperjelaskan.