Monday, June 27, 2022

Projek RTP bantu percepatkan pembangunan  luar bandar

Secara Rawak

MERADONG: Pelaksanaan program transformasi luar bandar (RTP) telah mempercepatkan pembangunan projek rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, geran RTP yang berbentuk projek itu merupakan usaha kerajaan negeri dalam memastikan rakyat di kawasan luar tidak terpinggir daripada arus kemajuan.

Justeru katanya, pihak kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan projek RTP khususnya di Meradong perlu melaksanakannya dalam tempoh ditetapkan.

Beliau berkata demikian semasa melakukan lawatan dan pemantauan Projek RTP DUN Meradong, hari ini.

Datuk Ding menambah, empat projek RTP yang dipantau itu ialah projek naik taraf prasarana di Rumah Asap, Bandar Bintangor yang memerlukan kos sebanyak RM200,000.

Katanya, seterusnya projek naik taraf parit dan bekalan elektrik di Gereja Methodist Bintangor yang melibatkan dana sebanyak RM300,000.

Tambah beliau, dana RTP berjumlah RM200,00 juga telah diluluskan bagi menaik taraf parit serta Jalan Kelupu-Bandar Bintangor.

Projek RTP seterusnya katanya ialah projek naik taraf prasarana di Taman Rekreaksi Bintangor yang melibatkan kos sebanyak RM400,000. -Edisi UKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru