HUIXTAN: Selepas memenangi jawatan datuk bandar di Huixtan, Javier Sebastián Jiménez Santiz dikatakan gagal menunaikan janjinya memperbaiki sistem pengairan tempatan.

Akibatnya warga setempat menyerbu pejabat Santiz dan pengurusnya Luis Ton di pejabat mereka dan mengarah
kedua-duanya memakai pakaian wanita.
Datuk bandar Santiz dipaksa memakai skirt panjang gelap dan blaus putih.

Manakala, pembantunya Ton memakai gaun merah jambu polka dot putih.

Kedua-dua mereka kemudiannya diarak ke seluruh bandar Huixtan empat hari di hadapan khalayak.