CHONGQING: Penduduk di daerah Chongqing, China mempunyai cara yang unik untuk bermain mahjong pada musim panas ini.

Mereka bermain di tengah-tengah sungai.

Idea ini diperkenalkan oleh kelab mahjong tempatan yang bertindak memindahkan meja dan kerusi yang digunakan untuk bermain mahjong itu ke sebuah sungai cetek.

Tindakan mereka ini mendapat perhatian ramai dan kebanyakannya memuji idea ini.