Joey Chestnut yang terkenal dengan kehebatannya makan pelbagai jenis makanan secara rakus dan lahap dalam setiap pertandingan disertainya berjaya menghabiskan 413 kepak ayam baru-baru ini.

Acara makan kepak ayam ini diadakan sempena Hari Kepak Ayam peringkat Nasional di Restoran Hooters.

Sempena Hari Kepak Ayam, restoran tersebut menawarkan harga AS$15.99 sepinggan dan pelanggan restoran boleh makan sebanyak mungkin.

Chestnut berjaya menghabiskan 413 kepak ayam itu dalam masa 12 jam.

Dia memulakan misinya pada 11 pagi dan menghabiskan 250 kepak ayam pada 5:50 petang dan dihadiahkan kemeja-T restoran tersebut.

Chestnut kemudiannya meneruskan misinya sehingga berjaya memakan 413 kepak ayam.