EL PASO: Beberapa mangsa dilaporkan terkorban dalam insiden tembakan rambang di sebuah pasar raya di El Paso, Texas, Amerika Syarikat.

Menurut laporan, suspek bersenjatakan raifal dilihat menembak orang ramai yang berada di ruang letak kereta pasar raya itu

Sekurang-kurangnya 10 yang lain dilaporkan parah dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Polis mengesahkan menahan seorang suspek dalam insiden itu.

White House mengesahkan perkara itu telah dimaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Donald Trump dalam tweetnya sebentar tadi menyelar tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut.

“Insiden tembakan dahsyat di ElPaso, Texas. Laporan menyebut ramai yang maut. Saya sedang uruskannya bersama pihak berkuasa tempatan dan negeri, juga polis.

“Saya sudah berbincang dengan Gabenor untuk beri sepenuh sokongan kepada Kerajaan Persekutuan. Semoga Tuhan bersama kita!”

“Terrible shootings in ElPaso, Texas. Reports are very bad, many killed. Working with State and Local authorities, and Law Enforcement. Spoke to Governor to pledge total support of Federal Government. God be with you all,” kata Trump.!