Difahamkan ini ialah kes pertama seumpamanya di seluruh dunia.

Media melaorkan beberapa doktor telah melakukan pembedahan langka mencabut 526 gigi miniatur dari mulut seorang kanak-kanak laki-laki berusia tujuh tahun.

Rumah Sakit Gigi Saveetha di Chennai dipetik berkata, bahawa kanak-kanak tersebut dibawa ke rumah sakit setelah mengeluh bahawa gusinya bengkak.

“Ketika dibedah, para doktor menemukan sebuah ‘kantung’ di bahagian gusi bawah yang berisi ratusan benda keras dan kemudian diangkat oleh doktor. Kantung seberat 200 gram itu kemudian dirontgen dan ditemukan 526 ‘gigi kecil’ yang ukurannya bervariasi antara 1 milimeter sampai 15 milimeter,” kata laporan itu.

Pihak rumah sakit menjelaskan diperlukan waktu lima jam untuk mencabut semua gigi tersebut dari kantung di gusi bawah kanak-kanak tersebut dengan masing-masing kepingan memang berbentuk seperti potongan gigi.

Para doktor mengatakan apa yang terjadi dalam dunia kedoktoran disebut sebagai ‘odontome’.

“Ini ialah kes pertama yang ditemukan di seluruh dunia, di mana ada begitu banyak gigi kecil yang berada dalam satu kantung gigi.” kata kenyataan dari rumah sakit itu.

Foto: abc news
Diperlukan waktu lima jam untuk mengambil 526 gigi dari kantong gigi. (Saveetha Dental College and Hospital )