Tuesday, June 28, 2022

Sarawak hanya layak dipimpin oleh orang tempatan

Secara Rawak

KUCHING: Hanya rakyat Sarawak sahaja yang layak untuk memegang tampuk kepimpinan negeri Sarawak.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, orang luar tidak mempunyai hak untuk mengambil alih atau menguasai Sarawak.

Tegas beliau, Kerajaan Sarawak akan berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan mempertahankan negeri ini daripada anasir-anasir luar yang cuba untuk memecah belahkan rakyat Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun Ke-35 Malaysia Sim Clan Conference di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penghargaan kepada kaum Teochew di Sarawak kerana telah banyak menyumbang kepada Kerajaan Sarawak terutamanya dalam bidang perniagaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru