Setelah satu video menunjukkan kanak-kanak berusia 14 tahun memandu bas menjadi tular, remaja pemandu bas itu tersebut menjadi perhatian ramai dan juga dicari oleh polis.

Video tersebut menunjukkan remaja tersebut, Ye memandu bas tanpa memasang tali pinggang keledar.

Ekoran itu pihak polis memanggil Ye ke balai bersama-sama pemandu bas sebenarnya yang dikenali sebagai Li.

Menurut Ye, dia menawarkan diri memandu bas tersebut ketika Li sibuk.

Li dikatakan setuju dan Ye memandu bas terbabit yang ketika itu mempunyai empat penumpang sejauh 4 kilometer.

Menurut Ye, dia belajar sendiri cara memandu bas dan memandunya beberapa kali sebelum ini.