Thursday, June 30, 2022

Projek RTP lengkapkan infrastruktur di luar bandar di Sarawak

Secara Rawak

SADONG JAYA: Projek pembangunan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) merupakan inisiatif penting dilaksanakan kerajaan Sarawak dalam melengkapkan kawasan luar bandar dengan pelbagai infrastruktur untuk rakyat.

Semasa ditemui ketika melakukan tinjauan projek naik taraf Surau Darul Muhibbah di Kampung Semera semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, projek RTP banyak membantu menyelesaikan isu berkaitan pembangunan infrastruktur asas meskipun ia dijalankan secara berperingkat.

Menurutnya, pelaksanaan projek RTP jelas menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam membawa pembangunan secara menyeluruh.

“Usaha menaik taraf kemudahan infrastruktur asas, utiliti dan kemudahan sosial itu adalah untuk membolehkan masyarakat luar bandar menikmati taraf hidup yang lebih baik.

“Peruntukan RTP berjumlah RM5 juta yang berbentuk projek pembangunan itu amat bermakna terutama bagi membangunkan insfrastruktur di luar bandar, termasuk di kawasan Sadong Jaya,” katanya.

Tambah beliau, kawasan luar bandar amat memerlukan pelbagai projek pembangunan melalui peruntukan berbentuk projek ini. -Edisi UKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru