INDORE: Bergurau dengan mengepam angin ke dubur kawannya Kanha Yadav, 6, menggunakan kompresor elektrik akhirnya membawa kepada kematian kanak-kanak tersebut.

Memetik Mirror pada Selasa, dua kanak-kanaka lelaki menghantar pulang Yadav ke rumah ayahnya Ramchandra Yada di Indore, Madhya Pradesh.

Ramchandra menyedari ada sesuatu sedang berlak kerana perut Yadav bengkak.

Si ayah segera membawa Yadav ke hospital.

Inspektor polis Bhanwar Kua Sanjay Shukla mengatakan siasatan mendapati rakan kanak-kanak malang itu mengepam duburnya dengan nozel kompresor ketika mereka bermain.

Yadav akhirnya meninggal di hospital.