Tuesday, August 16, 2022

Kalau hendak lawan, kita perlu lawan benar-benar, kata Abang Johari

Secara Rawak

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan melancarkan berperang habis-habisan jika Pakatan Harapan (PH) melancarkan serangan menawan Sarawak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata GPS tidak akan mendiamkan diri, sebaliknya akan menyiapkan segala  keperluan bagi berdepan dengan PH dalam PRN akan datang.

“Saya hendak bercakap terus terang, kalau ada orang hendak  berperang, kita perang benar-benar. Apabila berperang logistik perlu dijaga, tembakan kena tepat,” katanya menggunakan analogi.

Pada PRN lalu, PH memenangi 10 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri, dan pada PRN akan datang dijangka GPS akan berdepan tentangan sengit daripada pakatan yang terdiri daripada PKR, DAP, Bersatu dan Amanah itu.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 745 Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  untuk tempoh 2019-2021 pada majlis Angkat Sumpah dan Seminar Ahli-Ahli Majlis PBT di sini semalam.

Ketua Menteri mahu ahli majlis tempatan agar bekerja keras agar GPS terus menguasai tampuk pemerintahan kerajaan Sarawak pada PRN akan datang.

Justeru, beliau mahu mereka mempersiapkan diri. Beliau juga menggesa agar pemimpin atasan dan pemimpin akar umbi  saling bekerjasama.

“Sebab itu, pemimpin akar umbi perlu bersedia. Jangan harap pemimpin atasan saja. Kami akan berjuang,” katanya.

Abang Johari berkata  beliau memerlukan sokongan pemimpin akar umbi memajukan lagi Sarawak ketika negeri ini memacukan diri menuju 2030.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru