Tuesday, August 16, 2022

Perhilitan diberi kuasa tembak pemburu haram jika diancam – KPN

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberi kuasa dan kursus khas kepada pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi menembak pemburu haram.

Jelas Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador, ia selepas mendapat persetujuan dari Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberi perhatian terhadap isu berkenaan.

“Nyawa mereka (Pegawai Perhilitan) terancam akibat pemburu yang ganas, kami akan berikan latihan dan Prosedur Standard Operasi (SOP) apabila berdepan pemburu haram.

“Jika mengancam keselamatan, Pegawai Perhilitan sebelum akan gunakan kuasa untuk menembak mereka bila ada keperluan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Abdul Hamid, kursus berkenaan difahamkan membabitkan latihan khusus bagi berdepan dengan pemburu haram.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Selamatkan Harimau Malaya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru