Tuesday, June 28, 2022

Yakin Kuching maju, setanding dengan negeri-negeri lain – Fatimah

Secara Rawak

KUCHING: Dengan kemudahan yang sedia ada serta infrastruktur yang semakin membangun di negeri Sarawak, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan, Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata beliau yakin bahawa Bandar Kuching juga boleh maju dan setanding dengan negeri-negeri lain.

Tegasnya, apa yang lebih penting adalah penerimaan rakyat yang positif berkenaan dengan idea baru yang diperkenalkan agar lebih mudah bagi pihak Kerajaan untuk melaksanakannya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Kuching semalam.

Menyentuh mengenai Transit Rapid Autonomi (ART) yang akan diperkenalkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg, beliau menegaskan penerimaan rakyat penting untuk meneruskan pembangunan di Sarawak khususnya di Kuching berdasarkan keperluan dan keadaan di negeri ini.

Tambah beliau lagi, ini adalah demi kemudahan dan kesenangan rakyat dan perubahan kepada inovasi yang baru.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru