Tuesday, May 11, 2021

Projek Pengaturcaraan Robotik pupuk minat pelajar dalam sains

Mesti baca

SEBUYAU: Projek Pengaturcaraan Robotik berjaya memupuk minat pelajar-pelajar di kawasan Sebuyau dalam pembelajaran Sains dan Robotik.

Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak Yang Berhormat Datuk Haji Julahi bin Haji Narawi berkata program ini telah memberikan pendedahan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar tentang Sains dan Robotik yang semakin mendapat tempat di kalangan pelajar-pelajar hari ini.

“Penganjuran Kursus Projek Pengaturcaraan Robotik ini telah memberikan pendedahan dan pembelajaran yang baharu kepada pelajar serta guru-guru di kawasan Sebuyau.

“Program robotik ini adalah sebagai pendedahan awal kepada murid-murid dan mengetahui pembelajaran Sains. Ibu bapa perlu memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak agar sentiasa terdedah dengan perkara yang positif.

“Saya berharap suatu hari nanti ramai anak-anak di kawasan Sebuyau terlibat dalam kejuruteraan pelbagai bidang untuk pembangunan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Penangguhan Kursus Projek Pengaturcaraan Robotik anjuran Pusat Khidmat DUN Sebuyau dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Majlis Guru Besar dan Pengetua Zon Sebugaj & Sebangan dan Alumni UKM Sarawak di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau menambah suatu pertandingan Robotik akan diadakan di sini dengan membawa bersama pelajar-pelajar dari kawasan bandar ke Sebuyau untuk ikut serta.

“Suatu pertandingan Robotik akan diadakan di Sebuyau dengan membawa pelajar-pelajar bandar ke Sebuyau.

“Ini akan memberikan memupuk minat kepada pelajar-pelajar di kawasan Sebuyau akan Sains dan Robotik,” katanya.

Hadir sama Setiausaha Alumni UKM Sarawak Adnan bin Bukra, Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM Ir. Nazrul Anuar bin Nayan, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Masyarakat.

Secara Rawak

Artikel Terbaru