KOTA BHARU: Polis menahan empat remaja perempuan, semuanya berusia 17 tahun, berhubung kes video tular perbuatan biadab memijak al-Quran di Kampung Gobek Gual Ipoh, Tanah Merah.

Menurut Utusan Malaysia, mereka ditahan di sekitar kampung di Tanah Merah pada malam hingga awal pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim dipetik sebagai berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di bahu jalan, berdekatan dengan jambatan Kusial Lama, Tanah Merah pada pukul 2.30 petang,  13 Julai lalu.

Menurutnya, semua suspek direman sehingga 21 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen a 295 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan lanjut juga masih dilakukan berhubung kejadian berkenaan.

“Kita juga berterima kasih kepada masyarakat yang bekerjasama dalam kes ini,” katanya.