ADELAIDE: Sekitar 57 burung spesies Corella mati “terjatuh dari langit” dekat padang olahraga di Adelaide Selasa lepas.

Corella merupakan burung kaka tua yang memiliki paruh panjang dan merupakan spesies terlindungi.

Burung ini disyaki keracunan dengan ada yang sempat dibawa berjumpa doktor, tetapi tidak dapat diselamatkan.

Pengasas Casper’s Bird Rescue Sarah King yang turut hadir di tempat kejadian menyifatkan kejadian itu tampak seperti filem horor.

Burung-burung tersebut digambarkan sebagai tidak dapat terbang dan terbaring di tanah menahan kesakitan.

Beberapa burung, darah keluar dari mulut mereka.

Badan Alam Sekitar dan Sumber Air belum mengesahkan punca kejadian tersebut.

Seorang jurucakap memberitahu BBC, ujian penyakit dan toksin masih dilakukan dan keputusannya diketahui beberapa minggu lagi.