LIBERTY: Seorang penjenayah bersembunyi di daerah berhutan di luar Liberty, Missouri.

Penjenayah disyaki memiliki dadah tersebut melarikan diri daripada polis dan biasanya polis menggunakan unit anjing K-9 mengesan penjenayah.

Namun kali ini ia tidak diperlukan kerana penjenayah terbabit ketika dikesan mengeluarkan bunyi kentut yang begitu keras sehingga polis yang mengesannya dapat segera menemui dan menangkapnya.

Pejabat Sheriff Clay County di Facebook memuat naik kisah lucu ini mengisahkan polis Liverty di Missouri, Amerika Syarikat (AS) begitu mudah mengesan penjenayah yang bersembunyi.

Pejabat Sheriff Clay County turut berkicau di Twitter:”Kita harus memberikan pujian kepada @LibertyMissouri Police kerana menggunakan pancaindera mereka untuk mengesannya!”