Sepasang suami isteri menerima kejutan selepas menemui mayat seorang wanita di rumah yang baru dibeli mereka berdua.

Tengkorak milik Mary Stewart Cerruti, 61, ditemui di rumahnya selepas wanita itu dilaporkan hilang hampir setahun.

Pihak polis yang menyiasat kes ini percaya wanita itu terperangkap di dalam dinding tersebut selepas dia terjatuh dari loteng rumahnya.

Ini kerana mereka menemui lantai di loteng itu berlubang dan mayat Mary di temui di bawah lubang tersebut.

Mary dikatakan tinggal bersendirian di rumah terbabit dan tidak mempunyai sanak-saudara yang tinggal berdekatannya.