JAKARTA:  Lelaki yang mengerat tubuh wanita di Banyumas yang dibunuhnya bukan kerana sebab asmara atau cinta, sebaliknya kerana hutang yang tak terbayar.

Berdasarkan hasil siasatan, motif suspek, DP  berusia 37 melakukan perbuatan sadis dengan mengerat dan membakar potongan tubuh korban KW, 51 bukan kerana motif asmara. 

Jurucakap polis seperti dipetik Kompas Rizky Adhiyanzah berkata, berdasarkan keterangan tersangka, sejak awal berkenalan dengan korban, tersangka diduga telah memiliki niat jahat. 

“Motifnya bukan asmara, kerana sejak awal suspek punya niat tidak baik. Tersangka berkenalan dengan korban dengan mengedit foto di Facebook, pakai baju taruna gitu, tapi wajahnya dia,” kata Rizky.

Setelah berkenalan dengan korban, lelaki itu meminjam wang daripada korban dengan alasan belum menerima gaji. 

Kompas melaporkan, suspek  menjanjikan akan membayar hutang tersebut setelah menerima gaji. “Tersangka sudah pernah bertemu dengan korban empat kali, yang pertama di tol daerah Jawa Barat. Total tersangka meminjam wang kepada korban sebanyak Rp 

Setelah beberapa kali wang dipindahkan, korban yang mengenal suspek berstatus bujang menagih wang yang dipinjamkan. 

Suspek menjanjikan akan membayar hutang tersebut “Korban menanyakan wang pinjaman, suspek beritahu Isnin mahu ambil gaji di Jakarta. Minggu tersangka mengajak korban ketemu di Bandung, tersangka mengajak korban jalan-jalan dulu di Bogor, nah di sana dia dibunuh,” kata Rizky.