KUCHING: Lebih ramai pelancong dari China dijangka berkunjung ke Sarawak tahun ini.

Pada tahun lepas, menurut Konsulat Republik Rakyat China ke Kuching Jiang Ying, terdapat 50,000 pelancong dari China mengunjungi Sarawak, meningkat daripada tahun 2017.

Bagi pelancong dari Sarawak ke China pula, beliau mendedahkan pada amnya kira-kira 200 permohonan visa dikemukakan di pejabat konsulat di sini setiap hari.

“Visa ini dipohon oleh pelbagai golongan termasuk pelancong, pelajar dan ahli perniagaan,” katanya di sini.

Sarawak menyasarkan untuk menarik lima juta pelancong pada tahun ini.

Ketika ini, jumlah penduduk China adalah sekitar 1.4 bilion.

Malaysia muncul pasaran ketujuh terbesar dunia perbelanjaan pelancong China di luar negara, meningkat daripada tempat kesembilan setahun lalu.

Ia sekali gus mengatasi Singapura buat kali pertama sejak aplikasi e-dompet Alipay digunakan pada Mei 2017.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin, dipetik berkata awal bulan ini bahawa jumlah pelancong China yang datang ke Sarawak semakin meningkat, namun angkanya masih kecil berbanding 

Katanya, usaha yang lebih gigih termasuk pembabitan ejen pelancongan di negeri ini diperlukan untuk terus mempromosikan Sarawak.

Jelasnya, terdapat banyak tempat menarik yang dapat dikunjungi di Sarawak dan ia memerlukan promosi berterusan serta kreativiti agensi pelancongan untuk memastikan pelancong China datang ke sini.

Jiang Ying berkata, usaha perlu dipergiatkan untuk mempromosikan Sarawak di China, dan beliau memuji pelancaran profil WeChat Lembaga Pelancongan Sarawak sebagai usaha ke arah itu.

“Lebih banyak pakej pelancongan juga harus disusun untuk kumpulan tertentu dari China, termasuk untuk warga emas dan kanak-kanak,” jelasnya.

Gambar hiasan. Kredit Foto ST