TOKYO: Menyewa kereta hanya untuk tidur atau istirahat?

Bunyinya aneh, tetapi itulah yang berlaku di
Jepun.

Biasanya pengguna menyewa kereta sebagai kenderaan.

NTT Domoco, Inc, operator layanan sewa kenderaan terkemuka di Jepun melakukan survei tentang hal tersebut.

Mememtik Asahi Shimbun, Khamis dinyatakan disebutkan bahawa satu daripada setiap lapan penggunanya menyewa kereta untuk pengangkutan.

Jumlah responden terbesar mereka menyewa kenderaan untuk tidur atau beristirahat.

Ini diikuti sebagai tempat yang tenang dan nyaman untuk berbicara di telefon dengan teman, keluarga, atau rakan perniagaan.

“Biasanya salah satu tempat saya dapat tidur siang ketika mengunjungi klien saya ialah kafe siber di depan stesen. Tetapi menyewa kereta untuk tidur hanya beberapa ratus yen, hampir sama dengan mendatangi kafe siber,” ujar salah seorang lelaki di Tokyo yang menyewa kereta untuk tidur seperti dipetik akhbar itu seperti dipetik detik.com.

Times24co dalam tinjauannya mendedahkan para pengguna mengatakan menyewa kenderaan disewa untuk tidur atau digunakan sebagai ruang kerja.