David Rush dikenali sebagai lelaki yang sering kali memecah rekod dunia dalam pelbagai kategori.

Kali ini dia cuba memecah rekod dunia dengan membawa pemotong rumput di bawah dagunya dalam masa 3 minit 52 saat.

Menurut Rush dia berlatih selama tiga tahun, tiga bulan sebelum mencuba aksi terbarunya ini.

Pisau pemotong rumput itu juga sedang berpusing semasa dia meletakkannya di dagunya.

Hasilnya Rush berjaya memecah rekod sebelumnya iaitu 3 minit 1 saat.