LONDON: Bangunan The Shard di kota London setinggi 95 tingkat merupakan bangunan tertinggi di London.

Baru-baru ini penduduk London dikejutkan dengan aksi berani lelaki memanjat bangunan tersebut tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menghubungi polis.

Pasukan polis yang datang bersama kereta ambulans berjaya memujuk lelaki itu masuk ke dalam bangunan terbabit.

Lelaki itu bagaimanapun tidak dikenakan apa-apa tindakan dan selang tidak lama kemudian dia dibenarkan pulang.