NEW DELHI:  Bukan hanya manusia yang menjadi mangsa rogol dan culik.

Haiwan juga dapat menjadi mangsa culik dan nafsu durjana manusia yang bernafsu binatang.

Itulah yang terjadi di India.

Tiga lelaki  pada mulanya menculik  seekor anjing.

Kemudian mereka secara bergilir-gilir merogol anjing berkenaan dalam kejadian yang menggemparkan negara ini.

Insiden itu berlaku di kawasan Hathras di Uttar Pradesh pada Khamis lalu.

Pemiliknya Santosh Devi berkata, ketiga-tiga lelaki tersebut dikenali keluarganya dan turut menyewa bersebelahan kediaman mereka.

“Mereka menggunakan telur untuk memujuk anjing spesies Pomeranian sebelum menculik dan melakukan perbuatan keji itu. Kesemua mereka juga dipercayai mabuk,” ujarnya menurut media dan agensi berita.

Selepas diperlakukan tanpa kemanusiaan anjing itu  didapati dalam keadaan cedera parah.