VALLEY MILLS: Sepasang suami isteri mengambil keputusan membela seekor anak kucing yang ditemui di ladang.

Namun, mereka terkejut kerana anak kucing tersebut memiliki 24 jari.

Heather Lehman memberitahu suaminya menemui anak kucing itu yang dinamakan Titus Pullo di ladang di Valley Mills dan menghantar foto anak kucing itu kepadanya.

Suaminya juga merakam foto jari anak kucing yang unik itu dan Heather terus meminta suaminya membawa haiwan itu pulang ke rumah.

Jari kucing yang banyak itu terhasil dikatakan akibat mutasi genetik.

Pada tahun lepas, seorang wanita memberitahu kucingnya bernama Paws memiliki 28 jari dan mungkin tersenarai dalam Buku Rekod Guinness sebagai kucing yang memiliki jari terbanyak di dunia.