KARIDA: 24 orang terkorban dalam persengketaan antara suku kaum di Papua New Guinea.

Kejadian berlaku tiga hari turut melibatkan kematian dua wanita hamil.

William Bando pegawai dari wilayah Hela memberitahu AFP bahawa jumlah korban boleh bertambah memandangkan kali ini ada pihak yang menggunakan senjata automatik.

Bando memerintah sekitar 100 polis dan 40 pegawai ke lokasi kejadian.

Dalam pergaduhan di kawasan Karida, ada pelaku dilapor menggunakan parang membunuh enam wanita dan lapan anak.

Staf perubatan Pills Kolo berkata mayat sukar dikesan kerana ada yang hancur.

Sementara, Perdana Menteri Papua New Guinea James Marape mengungkapkan rasa sedihnya dengan tragedi berlaku di wilayah asalnya Hela.

Marape mengaku ramai anak dan ibu mati di Munima dan Karida, kawasan politiknya.

Beliau geram memberi amaran ke atas pelaku tanpa menjelaskan bentuk tindakan yang bakal diambil.

Marape mengakui jumlah anggota polis tidak mencukupi untuk mengawal keadaan dengan nisbah 400,000 penduduk dikawal oleh 60 anggota keselamatan.

Beliau berkata, operasi tentera dan polis perlu dipertingkatkan.