SANTUBONG: Kampung Budaya Sarawak (SCV) sedia menerima 24,000 pengunjung  yang disasarkan ke Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2019 dari 12 hignga 14 Julai ini.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kerja mengubah wajah dan menaik taraf kemudahan dan struktur bangunan menelan belanja RM13 juta.

Tanggungjawab berkenaan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC).

Semalam Abdul Karim datang untuk melihat sendiri kerja menaik taraf berkenaan yang dijangka siap sebelum acara berkenaan berlangsung.

Kali ini penganjur menyediakan penapis air untuk pengunjung bagi mengurangkan penggunaan botol plastik.