SYDNEY: Video klip yang merakam gelagat seekor burung nuri menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Video berkenaan menunjukkan gelagat burung tersebut yang begitu bersungguh-sungguh merosakkan pagar besi yang telah diletakkan di tepi balconi sebuah pasar raya di Sydney, Australia.

Tujuan besi itu diletakkan di situ adaalah bagi menghalang burung-burung ini daripada bertenggek dan membuat sarang mereka di situ.

Burung Nuri tersebut dilihat membuang besi itu ke bawah.