FLINT: Gwyn Francis, 62, dan adiknya Kenneth dari Flint mempunyai tabiat suka makan cepat dan menelan makanan tanpa mengunyahnya terlebih dahulu.

Januari lepas, dengan tabiatnya suka menelan makanan tanpa mengunyahnya, Gwyn terpaksa dikejarkan ke Hospital Glan Clwyd di Rhyl selepas tersedak stik di pub Mill Tavern.

Gwyn koma beberapa minggu sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Punca kematiannya disebabkan kecederaan otak hipoksik akibat kegagalan jantung yang disebabkan oleh saluran udara yang terhalang.

Sejauh 18 bulan yang lalu, abang mangsa bernama Kenneth turut mengalami tragedi yang sama di pub berkenaan.

Namun, menurut BBC, Kenneth sempat diselamatkan oleh seseorang.

Kenneth dalam kenyataanya mendakwa tiada sesiapa memberikan bantuan pernafasan kepada abangnya semasa dia tercekik stik dalam kejadian tersebut.