Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas terjatuh di dalam kolam tar ketika berjalan melintasi sebatang jalan yang dibaik pulih.

Selepas gagal naik semula ke atas jalan, dia berteriak meminta tolong orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu.

Lelaki tersebut dikejarkan ke hospital dan kakitangan hospital mengambil masa lama menanggalkan cairan tar yang sudah melekat di badan lelaki tersebut.

Mereka mengambil masa beberapa jam menanggalkan tar tersebut.

Doktor yang memeriksanya mengesahkan lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibenarkan pulang tidak lama kemudian.