JAKARTA: Pelakon sinetron, Galih Ginanjar disoal siasat polis selama 13 jam berhubung kes penghinaan terhadap bekas isteri­nya, Fairuz A Rafiq yang juga pelakon.

Galih, 31, dalam satu video yang tular dalam media sosial mendakwa kemaluan bekas isterinya itu berbau busuk seperti ikan masin sehingga mendorong Fairuz membuat laporan polis.

Puncak polemik ‘Bau Ikan Asin’ ini semakin memanas setelah Fairuz, 33, melaporkan Galih kepada polis Metro Jaya, Jakarta Selatan, Isnin lalu.

Lapor Tribun News, Galih tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya  ditemani peguamnya, Rihat Hutabarat sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan dan keluar 13 jam kemudian.

Rihat memberitahu wartawan, pelbagai persoalan dikemukan polis kepada Galih sepanjang proses tersebut.

Rihat seperti dilapor Tribun News berkata, bahawa dugaan hinaan Galih mengenai ‘Bau Ikan Asin’, bukan bermaksud mengarah kepada organ intim Fairuz.

“Masalah ikan asin itu saya tanya ke pak Galih, ‘kan yang viral sekarang ini masalah ikan asin, sesungguhnya apa maksudnya itu? Apa yang ada di fikiran dan hatimu?’ gitu,” kata Rihat  seperti dipetik Tribun News.

“Nah yang pak Galih maksud itu hari ini buka tudung saji, ada ikan asin. Besok buka lagi, ikan asin, kan itu aja. Tiga kali kan itu kan,” tambahnya.