BELAWAI:   Kerajaan Sarawak  komited membangunkan dan memajukan kawasan Tanjung Manis dan sekitarnya bagi memastikan taraf hidup rakyat dapat terus ditingkatkan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, untuk  itu kajian akan dijalankan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Tanjung Manis bagi menerokai potensi kawasan di sini termasuk dari segi pertanian dan pelancongan.

“Ini supaya kapal terbang besar lebih besar dapat mendarat di lapangan terbang itu dan dapat menyumbang kepada kerancakan aktiviti pelancongan khususnya,’ katanya semalam.

“Dengan adanya kemudahan itu,  akan membolehkan Tanjung Manis menjadi pintu masuk ke kawasan Delta Rajang.

Foto ST

“Kajian lanjut akan dilakukan, tahun depan saya akan umumkan kosnya. Lapangan terbang itu nanti akan menjadi pintu masuk ke Delta Rajang,” kata Ketua Menteri ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Pantai Belawai dekat sini, semalam.Beliau memberitahu, Tanjung Manis yang bakal dihubungkan dengan jalan raya akan memudahkan pelaksanaan naik taraf lapangan terbang tersebut.

Ujarnya, pelaksanaan projek Jalan Sarikei-Tanjung Manis yang jaraknya hanya 40 minit akan memudahkan lagi mereka yang hendak menggunakan lapangan terbang  itu nanti.

Abang Johari berkata berkata,  Tanjung manis berpotensi dibangunkan sebagai satu lagi hab pelancongan.