JAKARTA: Masih ingat akan Ahok atau Basuki Tjahaja Purnama, bekas Gabenor Jakarta?

Untuk pertama kali pada Jumaat, beliau naik MRT Jakarta.

Difahamkan Ahok merupakan  pihak yang berperanan merealisasikan sistem pengangkutan awam berkenaan ketika menjadi Gabenor sebelum didapati bersalah oleh mahkamah kerana didakwa menghina agama Islam.

MRT di kota 12 juta jiwa itu beroperasi 1 April dan baru kali ini Ahok berkesempatan menaikinya, mencetuskan rasa teruja penumpang lain di stesen Asean.

Ahok datang ke stesen MRT ASEAN bersama-sama putera sulungnya, Nicholas Sean.

Gambar beliau dengan anaknya menaiki MRT tular di media sosial di sini.