ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yakin masih ada cara membantu Muslim yang kini dikatakan ditempatkan di kem tahanan di China.

“Saya yakin kita dapat kaedah mengatasi masalah sensitif bagi kedua-dua pihak ini,” ujar Erdogan menurut AFP.

Erdogan bertemu Presiden Xi Jinping di Beijing minggu lepas dan mula mengambil sikap toleransi dengan dasar China.

Selepas bertemu Xi, Erdogan menukar nada mengakui warga di daerah autonomi Uighur di Xinjiang hidup bahagia.

Turki sebelum ini, negara paling lantang memprotes dakwaan penahanan hampir sejuta warga Muslim Uighur.

Akhbar Xinhua turut melaporkan Erdogan bahkan menyokong program 1China yang diperjuangkan Beijing.

Sebelum ini, aktivis dari Jerman, Adrian Zenz di Dewan Hak Asasi Manusia PBB pada Mac lepas mendakwa China menahan 1.5 juta Muslim Uighur di kem penahanan Xinjiang melalui pemerhatian satelit.