MANCHESTER: Markas polis Failsworth di Manchester, Britain ditutup enam tahun lalu. Kenyataan polis mengakui bangunan itu dilelong dan kini dimiliki individu secara peribadi.

Ketika peronda polis merasakan ada yang tidak kena dengan bangunan tersebut, mereka meninjau di dalamnya.

Sebaik-baik memasukinya, petugas mendapati bekas markas polis itu sudah dijadikan kebun ganja oleh penjenayah.

Seluruh tingkat satu dan ruang loteng bangunan tinggalan itu ditanam dengan lebih 1,000 pokok ganja.

Menurut Mirror semua “petani” terbabit melarikan diri membawa kesemua daun ganja pada dinihari.

Mereka meninggalkan batang, tanah dan pot kosong bekas tanaman ganja di bangunan berkenaan.

Pihak polis menambah barang bukti yang terdapat di lokasi diserahkan ke pusat pertanian di Earls Lodge.