JAKARTA: Kes pernikahan sedarah antara Ansar, 32, dan adik bungsunya FI, 20, di Bulukumba, masih menjadi sorotan pembaca.

Ayah kandung pasangan tersebut, Mustamin, mengaku malu atas perbuatan mereka.

“Mustamin sejatinya ingin kedua-dua anaknya mendapat hukuman setimpal kerana dianggap telah melanggar ajaran agama,” kata Kompas.com.

Mustamin mengaku sangat malu atas perbuatan kedua-dua anaknya, Ansar dan Fi.

Dia berharap agar kedua-dua anaknya itu menjauh dari keluarga.

“Saya tidak mau lagi melihat kedua-dua anak itu. Jika hukum adat dapat  dilakukan, kedua-dua anak ini akan dilabu,” ujar Mustamin, merujuk kepada hukuman menenggelamkan seseorang di laut dengan cara dimasukkan ke karung.

Jelasnya, awal pernikahan antara Ansar Mustamin dengan adik bungsunya itu sama sekali tidak diketahui oleh keluarga.

Gambar hiasan