TEXAS: Poncho Via, 6, berasal dari Texas namun lembu ini tidak menetap di situ sebaliknya ia dibela oleh keluarga Pope yang tinggal di Alabama.

Unik berkaitan Poncho ialah ia merupakan pemegang rekod dunia sebagai pemilik tanduk terpanjang di dunia.

Tanduknya sepanjang 10 kaki, 7.4 inci iaitu dua kali ganda panjangnya sebuah piano.

Sebelum ini pemegang rekod dunia dalam kategori tanduk panjang diukur ketika mereka berusia 9 , 12 hingga 15 tahun.

Namun usia Poncho baru 6 tahun dan tanduknya sudah tumbuh sepanjang 10 kaki.

Pemiliknya memberitahu kemungkinan tanduknya akan terus membesar kerana usianya masih muda.