KUCHING: 9 Emas 6 Perak dan 7 Gangsa membolehkan SK Kampung Tellian Mukah menduduki tempat kedua keseluruhan dalam Kategori Sekolah Rendah Pertandingan Tarian Naga, Singa dan Wushu Peringkat Umur Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak 2019 kali ke lima yang diadakan pada 28 hingga 30 Jun 2019 di KPCA Kuching.

Lebih manis, atlet SK Kampung Tellian Mukah, Audryna Minda Lawan dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Umur 7-9 tahun Perempuan apabila membolot tiga emas dalam acara yang disertainya.

Objektif pertandingan ini ialah membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan kokurikulum. Ianya memberi peluang kepada semua pelajar yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

Sebagai rekod, ini ialah penyertaan pertama SK Kampung Tellian Mukah menyertai pertandingan tersebut. Sekolah tersebut pernah menjadi Juara Keseluruhan Pertandingan Wushu Peringkat Daerah Mukah 2019 yang lalu. Baru-baru ini, kelab ini telah membantu Bahagian Mukah menjuarai Karnival Kesenian Cina Peringkat Negeri Sarawak dengan menyumbangkan sebanyak 24 emas.

Terbaik… Audryna Minda menerima piala daripada tetamu kehormat.
Jurulatih Wushu Mukah, Ho Ing Siong bersama Atlet Terbaik, Audryna Minda.