MATU: Ketua  Menteri semalam meluluskan peruntukan RM2 juta untuk melaksanakan projek pembersihan Sungai Matu bagi mengurangkan risiko banjir terutama pada musim tengkujuh.

Peruntukan itu disambut baik oleh penduduk di kawasan ini yang kerap mengalami banjir pada musim tengkujuh.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan itu disalurkan demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat.

Pengumuman itu dibuat beliau dalam satu majlis di sini, semalam.

Pada waktu sama, beliau menggesa penduduk di sini supaya terus bersatu dan memberi kerjasama agar semua perancangan pembangunan dapat dijalankan dengan lancar.