Monday, December 5, 2022

Lelaki menang RM4 juta, tidak dapat dikesan

Secara Rawak

DUBAI: Paul Wachira dari Kenya menyertai cabutan Dubai Duty Free yang menawarkan hadiah AS$1 juta (RM4.1 juta).

Wachira membeli tiket tersebut secara dalam talian.

Apabila tiba hari cabutan Dubai Duty Free pada Selasa, tiket Wachira 2162 dalam Siri 302 dicabut untuk meraih hadiah tertinggi itu RM4.1 juta.

Memetik Khaleej Times, Wachira bagaimanapun tidak tahu tentang tuah dirinya itu kerana dia tidak dapat dihubungi.

Pada cabutan tersebut, selain Wachira cabutan Millennium Millionaire, mengumumkan tiga lagi pemenang dalam promosi Dubai Duty Free Finest Surprise masing-masing memenangi kenderaan mewah.

Ramlal Sargara memenangi Bentley Bentayga V8.

Manakala Wrya Rahimi memenangi Range Rover HSE 340 HP.

Sandun Sameera pula memenangi motosikal berkuasa tinggi Indian Scout Bobber.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru