SIBU: University College Of Technology Sarawak (UCTS) telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Gawai Raya bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak di kampusnya sebentar tadi.

Majlis yang bermula pada jam 11.30 pagi dihadiri oleh para pensyarah, tutor, pihak pengurusan UCTS, tetamu jemputan , para media dan para pelajar .

Lebih kurang 300 orang yang menghadiri Majlis Ramah Tamah anjuran UCTS ini.

Majlis Ramah Tamah ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Naib Canselor UCTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid yang turut bersama-sama memeriahkan Majlis Ramah Tamah Gawai Raya ini.

Pelbagai aktiviti dilakukan semasa aktiviti ini berlangsung, di mana Naib Canselor UCTS, Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid melawat setiap gerai-gerai yang disediakan sewaktu majlis ini.

Disamping melawat gerai-gerai , Khairuddin telah beramah mesra dengan pengusaha gerai-gerai itu di mana gerai itu diusahakan oleh staf UCTS sendiri.

Disamping itu juga, Khairuddin juga sempat beramah mesra dengan para pengamal media yang hadir untuk membuat liputan mengenai Majlis Ramah Tamah ini.

Sesi yang agak santai sewaktu majlis ini , di mana selepas itu, sesi jamuan diadakan bagi memeriahkan suasana majlis ini.

Pelbagai jamuan yang dihidangkan pada majlis ini, seperti rendang, ketupat , lemang dan kuih-muih .

Selepas sesi jamuan, Khairuddin juga sempat memberikan duit raya kepada para pelajar UCTS .

Majlis Ramah Tamah Gawai Raya pada jam 1.30 petang .