SIBU: Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Cawangan Sibu telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Gawai Raya bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Gawai Dayak di kampusnya semalam.

Majlis yang bermula pada jam 10 pagi dihadiri oleh para pensyarah, tutor, pihak pengurusan OUM, pelajar dan orang awam ini.

Majlis Ramah Tamah ini disambut meriah oleh hadiri berikutan para hadirin tidak putus-putus untuk menghadiri Majlis Ramah Tamah ini dari jam 10 pagi sehingga jam 2 petang.

Menurut Pengarah OUM Cawangan Sibu, Joshua Mariyam Duum berkata, ” Majlis ini diadakan untuk merayakan dua perayaan pada bulan Jun ini iaitu Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri.”

“Majlis ini juga dilakukan untuk mengeratkan hubungan antara keluarga OUM iaitu antara pelajar , tenaga pengajar dan pihak pengurusan OUM,” katanya yang ditemubual oleh wartawan SarawakVoice semalam.

Jelasnya lagi, “Disamping itu juga, majlis ini juga memberikan peluang kepada orang awam untuk mengenali OUM dengan lebih dekat dan sekaligus merapatkan hubungan antara orang awam dan OUM.”

OUM Sibu terletak di Jalan Kuda dan menyediakan inisiatif kepada orang awam untuk melanjutkan pelajaran.