Tuesday, September 27, 2022

Lembaga khas bakal rancakkan industri rumbia di Mukah

Secara Rawak

MUKAH: Ketua Menteri mengumumkan penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Rumbia Sarawak bagi merancakkan industri rumbia di negeri ini, dengan turut menyalurkan peruntukan awal sebanyak RM5 juta.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, lembaga itu yang menggantikan Craun Research Sdn Bhd.

Mengumumkan demikian ketika menghadiri majlis Gawai Raya di Rumah Kallang di Ulu Bayan di sini semalam, beliau berkata, lembaga itu akan diletakkan kementerian Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah.

Tujuannya adalah bagi memudahkan urusan berkaitan dengan aktiviti indistri rumbia.

Bahagian Mukah merupakan pengeluar dan pengeksport utama hasil rumbia di negeri ini.

Sejak abad ke-19 lagi, Mukah banyak mengeksport tepung sagu ke luar negara, terutama ke Singapura.

Jumlah keluasan tanaman rumbia di Sarawak ketika ini ialah 61,518 hektar, dengan hampir 46,000 hektar ditanam di Bahagian Mukah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru