Tuesday, September 27, 2022

Dr Maszlee, Manyin sepakat selesaikan sekolah daif di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, meningkatkan kualiti dan akses pendidikan sentiasa menjadi keutamaan beliau dan pasukannya.

Beliau menyatakan demikian dalam catatan yang dimuat naik dalam Facebooknya.

“Inilah juga agenda yang diutamakan semasa perbincangan saya dengan Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Sarawak, YB Datuk Sri Michael Manyin Anak Jawong pada awal minggu ini,” katanya.

“Kami bersama-sama mencapai kesepakatan untuk memastikan semua projek pembangunan sekolah daif di negeri Sarawak dapat dipercepatkan dan kami mahu memastikan anak-anak di Sarawak menerima pendidikan yang berkualiti tinggi,” katanya lagi.

Beliau berkata, kesungguhan dan komitmen Manyin untuk bersama-sama dengan kerajaan persekutuan, khasnya dalam aspek pendidikan menjadikan beliau lebih bersemangat untuk berbakti kepada seluruh rakyat Sarawak.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Manyin kerana sudi hadir untuk perbincangan berkenaan.

“Semoga lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan di antara KPM dan kerajaan negeri Sarawak,” ujarnya.

Foto: Page Dr Maszlee Malik

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru