Sunday, September 25, 2022

Pegawai Daerah: Tanggungjawab setiap orang jaga perpaduan kaum di Sarawak

Secara Rawak

SIBU: Dalam masyarakat pelbagai kaum seperti di Sarawak, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap orang untuk memastikan kesepaduan sosial dan perpaduan di negeri ini terus terpelihara.

Pegawai Daerah Selangau dekat sini berkata semangat dan unsur berkenaan perlu terus dipelihara bagi menjamin keharmonian dan keamanan hidup dalam masyarakat berbilang budaya dan agama.

“Sarawak mempunyai masyarakat berbilang etnik yang meraikan pelbagai perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan sebagainya, ” kata Inting Nyami.

“Kita dapat hidup aman damai meski berbeza latar belakang budaya dan agama,” katanya dalam satu majlis semalam.

“Semangat ini amat penting untuk terus dipertahankan dan diamalkan,” jelasnya.

Gambar hiasan

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru