Friday, August 19, 2022

Kahwin kontrak: Tujuh ditahan di Pontianak

Secara Rawak

JAKARTA: Isu kahwin kontrak muncul lagi di negara ini. Kali ini ia berlaku di  Pontianak, Kalimantan.

Tujuh orang ditahan dalam sindiket pemerdagangan manusia bawah modus operandi kahwin kontrak dengan warga asing.

Polis menangkap mereka berikutan serbuan terhadap sebuah rumah pada Khamis.

Tiada butiran tentang kerakyatan mereka yang terbabit.

“Seorang daripada yang ditahan ialah warga tempatan,” lapor Kalimantan Post.

Sementara itu,  Pesuruhjaya Surujanjaya Nasional Antikekerasan Terhadap Perempuan Magdalena Sitorus berkata amalan pemerdagangan manusia untuk kahwin kontrak berkenaan merupakan bentuk eksploitasi terhadap perempuan. “Tidak hanya faktor ekonomi, kes tersebut juga perlu dilihat sebagai kasus eksploitasi terhadap perempuan yang melihat perempuan sebagai objek,” kata Magdalena seperti dilapor Republika.

Magdalena  berkata, perempuan kerap kali dieksploitasi dengan memanfaatkan kerentanan yang dimiliki.

Jelasya, dalam perdagangan manusia, ada pihak yang berusaha mengeksploitasi perempuan untuk mendapatkan keuntungan. “Boleh jadi kemiskinan merupakan salah satu bentuk kerentanan yang dimiliki perempuan dan itu dimanfaatkan dalam kes di Kota Pontianak,” ujarnya.

Gambar hiasan

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru